AKTIVITI | KEBAJIKAN
LAPORAN KEMPEN KEBERSIHAN DAN MENCANTIKKAN PERSEKITARAN KOMUNITI SUNGAI DALAM PULAU KETAM, SELANGOR 2022.


LAPORAN KEMPEN KEBERSIHAN DAN MENCANTIKKAN PERSEKITARAN KOMUNITI SUNGAI DALAM PULAU KETAM, SELANGOR 2022.

 

Untuk memelihara kawasan perumahan komuniti yang setiasa bersih, cantik dan selamat, Chuan Soon Huat Association , Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, Selangor, telah mengadakan satu kempen kebersihan di Pulau Ketam, Selangor,  anjuran bersama MPKK PULAU KETAM dan PERTUBUHAN PEMBINAAN RUMAH BERHALA PO SENG KENG PULAU KETAM, dengan kelulusan permohonan Geran MyIce daripada JPPM (ROS).

 

Kempen ini telah berjaya diadakan pada 11hb september 2022 jam 5 petang, semasa air laut pasang tinggi. Seramai 80 orang  penduduk-penduduk kawasan Sungai Dalam, orang awam telah menyertai program kempen ini. Peserta-peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil, dihantar tempat yang diaturkan dan menjalankan kerja-kerja kutip sampah-sarap. Sebanyak lebih dari 200 beg besar sampah sarap telah dikutip dalam kempen ini.

 

Program ini menggalakkan penglibatan penduduk tempat dan orang awam, demi mewujudkan kesedaran tentang pentingnya kebersihan dan kecantikan persekitaran perumahan perlu dipelihara oleh setiap orang.

 

Seminggu selepas kempen ini, peserta-peserta juga mengecat pagar-pagar kayu dan besi di kawasan Sungai Dalam supaya kawasan perumahan nampak cantik dan indah.