AKTIVITI | SOSIAL
‘SOULVIVOR’ PELAJAR SPM 2022 MRSM BESUT


“Diversify Leadership Bootcamp – Soulvivor” direka khusus untuk membentuk kepimpinan, identitI diri, semangat patriotik dan jati diri dalam kalangan pelajar yang bakal menjadi alumni MRSM besut dan cemerlang dari aspek KEUPAYAAN, PENGUASAAN & KETANGKASAN. Program anjuran Pertubuhan Alumni Pelajar MRSM YT Besut 05/06 ini akan meliputi setiap aspek nilai teras yang memberi nilai tambah melalui modul-modul pembangunan bina ihsan yang bercirikan kepimpinan, motivasi dan penyelesaian masalah sebagai persediaan para bakal Alumni keluar dari alam persekolahan dan berhadapan dengan Dunia sebenar.