AKTIVITI | SOSIAL
GOTONG ROYONG PERDANA 1AMAN


LAPORAN PROGRAM

PERMOHONAN GERAN PERSATUAN PENDUDUK 2022

JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA

 

1.0        MAKLUMAT PERTUBUHAN

 

Nama Persatuan                 :PERSATUAN PENDUDUK ZON AMAN, JALAN NOVA

SUBANG BESTARI, SHAH ALAM, SELANGOR

 

Alamat Surat Menyurat``  : NO. 20, JALAN NOVA U5/67,

                                               SUBANG BESTARI,

                                                40150 SHAH ALAM,

                                                SELANGOR.

 

No. PPM                                :PPM-001-10-20142011

 

2.0        BUTIRAN PROGRAM

 

2.1         Jenis Program

 

Jenis program Pembersihan Dan Penyelenggaraan, dan Aktiviti Kejiranan Persatuan Penduduk Zon Aman, Jalan Nova, Subang Bestari, Shah Alam yang dijalankan ialah :

 

‘GOTONG ROYONG PERDANA 1AMAN’

 

2.2         Kaedah / Cara Perlaksanaan

 

Kaedah perlaksanaan program ialah:

 

i.             Program Pembersihan Dan Penyelenggaraan

-      Gotong-royong Perdana 1Aman

 

2.3         Jadual Perlaksanaan

 

Program ini dilaksanakan pada 17 SEPTEMBER 2022 (Sabtu). Tentatif program adalah seperti berikut :

 

GOTONG ROYONG PERDANA 1AMAN

Tarikh             : 23 Julai 2022 (Sabtu)

 

7.00 AM         : Kehadiran peserta Gotong-Royong

7.30 AM         : Jamuan sarapan pagi

8.00 AM         : Ketibaan Jemputan Khas Ahli Majlis

            Ucapan Aluan Urusetia

            Ucapan Ahli Majlis

8.45 AM        : Taklimat Gotong-Royong oleh Urusetia / pecahan

 Kumpulan kerja.

9.00 AM         : Aktiviti Gotong-Royong bermula.

12.00 PM        : Rehat – Jamuan Makan Tengahari

2.00 PM          : Sambungan Aktiviti Gotong-Royong

            Pemantauan lori sampah

            Tamat Aktiviti Gotong-Royong

 

 

2.4         Objektif

 

i.             Memupuk semangat kerjasama dan kejiranan di antara penduduk.

 

ii.            Memastikan penduduk dapat berkenal mesra bersama jiran-jiran.

 

iii.           Memastikan kebersihan kawasan kejiranan dapat dijaga bersama bagi mengekalkan kualiti hidup.

 

iv.          Memelihara keselamatan kawasan kejiranan supaya sentiasa selamat.

 

2.5         Outcome

 

Hasil akhir yang diperolehi daripada program yang dijalankan ialah :

 

i.             Kebersihan kawasan kejiranan. Penduduk dapat membersihkan kawasan kejiranan terutama dari segi sampah-sampah pukal dan longgokan ranting-ranting pokok yang tidak diangkut oleh pihak PBT.

 

ii.            Membasmi punca pembiakan nyamuk Aedes daripada longgokan sampah yang terbiar di kawasan kejiranan.

 

iii.           Merapatkan semangat kejiranan di antara penduduk dan memberi ruang bersama untuk berkenal-kenalan semasa program dijalankan.

 

iv.          Mempertingkat kesedaran penduduk tentang kepenting bekerjsama untuk menjaga keselamatan dan pencegahan jenayah di dalam Zon Aman.

 

v.           Penduduk dapat didedahkan dengan maklumat-maklumat semasa dan perancangan program akan datang Persatuan Penduduk dan PBT.

 

vi.          Persatuan dapat mempertingkatkan kutipan yuran bulanan penduduk dengan membuka kaunter bayaran semasa program dijalankan.