AKTIVITI | REKREASI
Program Menimba Pengalaman Autisme Berkhemah Di Tepi Sungai Dalam Hutan
  • PERTUBUHAN PDK AUTISME BERKEFUNGSIAN TINGGI
  • Penganjur : Pertubuhan PDK Autisme Berkefungsian Tinggi
  • Lokasi : Nur Laman Bestari Ulu Yam Selangor
  • Tel : 0383209383
  • Tarikh : 21/07/2022 - 22/07/2022
  • Masa : 3:00PM - 12:00PM
  • 124


Program menimba pengalaman Autisme berkhemah di tepi sungai dalam hutan merupakan program yang dianjurkan bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan Pertubuhan PDK Autisme Berkefungsian Tinggi. Melalui program seperti ini dapat mencapai objektif program iaitu memberikan keyakinan pada individu autisme supaya yakin untuk bermalam dalam khemah sesama mereka tanpa ibubapa, mendidik individu autisme agar menjaga perasaan, bahasa dan tingkah laku dengan kawan sepanjang program perkhemahan, memberikan pengalaman mereka menjalankan aktiviti berkaitan perkhemahan dan memberikan ibubapa tempat berkongsi cerita suka duka membesarkan anak autisme agar dapat mengurangkan kebuntuan atau stress.


Bilangan Peserta

Bilangan peserta yang terlibat adalah seramai 30 orang yang terdiri dari 10 pelajar autisme, 5 guru PDK HFA dan 15 ibubapa pelajar autisme.