AKTIVITI | SOSIAL
PROGRAM KESEDARAN BAHAYA KEBAKARAN DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
  • PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TULIP TIGA 29/54 SHAH ALAM
  • Penganjur : PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TULIP TIGA 29/54 SHAH ALAM
  • Lokasi : Taman Tulip Tiga 29/54, Kampung Lombong, Seksyen 29, Shah Alam, Selangor
  • Tel : 0193969237
  • Tarikh : 16/10/2022 - 16/10/2022
  • Masa : 8:30AM - 12:30PM
  • 933


Program Kesedaran Bahaya Kebakaran Dan Langkah-Langkah Pencegahan merupakan program yang dianjurkan bersama Persatuan Penduduk Taman Tulip Tiga dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Shah Alam. Melalui program seperti ceramah dan demonstrasi mengenai kepentingan dan kesedaran bahaya kebakaran dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan punca-punca kebakaran, mengelakkan kebakaran berlaku dan menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran.

Program dimulai dengan ucapan perasmian oleh Ketua Kampung Lombong Encik Abdul Jalil Bin Ishak kemudian diteruskan dengan taklimat oleh Tuan Haizat dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Seksyen 18 Shah Alam. Tuan Haizat memberikan penerangan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil untuk mencegah kebakaran dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. Selain itu, beliau juga memberikan penerangan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku banjir memandangkan kawasan Taman Tulip Tiga antara kawasan yang terjejas akibat banjir tahun 2021 yang lepas.

Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab antara penduduk dengan pihak Jabatan Bomba serta demonstrasi dari pihak Bomba.