AKTIVITI | KEBAJIKAN
PROGRAM BANTUAN MAKANAN


LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN MAKANAN BANDAR KINRARA 8


1. NAMA PERTUBUHAN

PERSATUAN PENDUDUK JALAN BK8 BANDAR KINRARA PUCHONG SELANGOR

PPM-006-10-28022011


2. TAHUN

2022


3. NAMA PROGRAM

Program Bantuan Makanan Bandar Kinrara 8


4. TEMPAT DAN TARIKH PROGRAM

 2 Oktober 2022: Surau Al-Falaq, Pangsapuri Enggang, Jalan Kinrara 6f, Bandar Kinrara dan kawasan sekitarnya

 3 Oktober 2022: Surau Al-Mustaqim, PPR Pinggiran Bukit Jalil dan kawasan sekitarnya


5. BILANGAN PESERTA / KUMPULAN SASAR

Jumlah penerima bantuan bagi program tersebut adalah seramai 100 orang bagi kedua-dua sesi


6. JUMLAH PERUNTUKAN

Jumlah peruntukan sebenar yang diterima adalah berjumlah RM 10,000.00


7. PROGRAM / AKTIVITI


Program 1

2 Oktober 2022: Surau Al-Falaq, Pangsapuri Enggang, Jalan Kinrara 6f, Bandar Kinrara.

Bantuan makanan diserahkan kepada wakil Surau Al-Falaq untuk disampaikan ke penduduk kategori asnaf dan memerlukan di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara.


Program 2

3 Oktober 2022: Surau Al-Mustaqim, PPR Pinggiran Bukit Jalil

Bantuan makanan diserahkan kepada wakil Surau Al-Mustaqim untuk disampaikan ke penduduk kategori asnaf dan memerlukan di PPR Pinggiran Bukit Jalil.


8. KESIMPULAN

Program Bantuan Makanan Bandar Kinrara 8 merupakan program yang dianjurkan bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan Persatuan Penduduk Jalan BK8 Bandar Kinrara dengan kerjasama wakil dari Surau Al-Mustaqim, PPR Pinggiran Bukit Jalil dan Surau Al-Falaq, Pangsapuri Enggang. Melalui program ini, beban rakyat Malaysia yang terjejas akibat Covid-19 khususnya mereka yang menetap berhampiran dengan komuniti Bandar Kinrara 8 dapat diringankan sedikit. Selain itu, program ini juga dapat memupuk kesedaran dalam berkongsi rezeki sesama masyarakat setempat.