AKTIVITI | KEBAJIKAN
PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN - SIHAT KE KITA?


Sejak kebelakangan ini, banyak kes-kes yang melibatkan penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit berkaitan jantung dan kanser terutamnya dihidapi oleh penduduk negara kita. Lebih merisaukan lagi, penyakit yang kebanyakan dihidapi oleh warga tua kini teralih kepada orang yang lebih muda. Ekoran itu, Persatuan Penduduk Kg Selamat, Sg Buloh, mengambil inisiatif untuk mengadakan satu program kesedaran kesihatan dengan menjemput Dr Liyana Mohd Zain iaitu seorang Pegawa Perubatan Jabatan Radiologi di Hospital Sg Buloh untuk memberi taklimat berkenanan pentingnya kesedaran kesihatan secara umum. Program yang dihadiri kira-kira 40 orang penduduk kampung ini dapat memberi peluang kepada penduduk untuk bersoal jawab bersama doktor berkenaan kesihatan secara umum.


Program ini juga turut menyediakan slot demo masakan sihat yang disampaikan oleh Dr Kamaruzzaman yang merupakan pensyarah UPSI untuk berkongsi resepi penyediaan makanan sihat. Beliau telah memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyediakan vietnamese roll, nasi ulam, ikan bakar, sup wantan dan mi wantan. Penduduk yang hadir juga diberi peluang untuk mencuba sendiri dan merasa masakan yang telah disediakan.


Terima kasih kepada penduduk yang hadir ke program kesedaran kesihatan pada kali ini. Semoga ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat untuk hidup dengan lebih sihat.