AKTIVITI | SOSIAL
Kempen Menderma Darah Anjuran Bersama Tabung Darah Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom
  • PERSATUAN KEBAJIKAN MESRA PRIHATIN KLUANG,JOHOR
  • Penganjur : Persatuan Kebajikan Mesra Prihatin Kluang & Tabung Darah Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom
  • Lokasi : Bangunan Persatuan Kebajikan Mesra Prihatin Kluang
  • Tel : 07-7742268
  • Tarikh : 30/10/2022 - 30/10/2022
  • Masa : 9:00AM - 2:00PM
  • 209


Persatuan kami telah menganjurkan Kempen Menderma Darah bersama Tabung Darah Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom pada 30 Oct 2022.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa, menangani masalah kekurangan darah dalam tabung darah hospital kerajaan, merapatkan hubungan antara warga jabatan dengan masyarakat di samping meningkatkan kesedaran taraf kesihatan negara serta memberi pengetahuan yang lebih jelas kepada masyarakat tentang kebaikan menderma darah.

Program ini juga dapat memupuk sifat penyayang dan sedia menolong di kalangan masyarakat Malaysia secara amnya dan mempertingkatkan interaksi dan memupuk persahabatan tanpa mengira bangsa dan agama ke arah mewujudkan integrasi masyarakat.