AKTIVITI | SOSIAL
PROGRAM CINTAILAH TAMAN KITA


Pada 16 September 2022, hari Jumaat yang lalu Taman Cahaya Bahagia Machang telah mengadakan Aktiviti Gotong-Royong Kebersihan Dan Keceriaan kawasan Taman Perumahan dan Padang Permainan. Aktiviti bermula pada jam 9.00 pagi dan dengan ucapan alu-aluan daripada Encik Eric Chia, selaku pengerusi taman.


Seramai 82 orang penduduk taman hadir untuk menjayakan aktiviti tersebut. Antara tujuan aktiviti gotong-royong ini diadakan adalah memastikan setiap rumah di kawasan perumahan Taman Cahaya Bahagia Machang ini bersih, ceria dan bagi mencegah penularan wabak demam denggi. Selain itu, memupuk sifat cintai alam sekitar dalam kalangan masyarakat. Melalui aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim antara satu dengan yang lain.


Aktiviti berjalan lancar dan selesai pada jam 4.00 petang. - TAMAT -