AKTIVITI | KESELAMATAN
Projek Pemasangan Lampu Solar di belakang Rumah Penduduk


Program pemasangan lampu solar ini dijalankan bagi meningkatkan tahap keselamatan di Camellia berikutan keadaan di belakang rumah penduduk yang agak gelap dan terdedah kepada perkara-perkara yang tidak diingini seperti kegiatan pecah rumah dan samun. Pihak persatuan sangat berterima kasih kepada ADUN Rawang, YB Chua yang telah sudi menyumbangkan sebanyak 5 set lampu solar untuk kegunaan persatuan. Diharapkan bilangan lampu solar ini dapat ditambah lagi pada masa hadapan untuk memastikan seluruh lorong di belakang rumah penduduk dapat diambil tindakan pemasangan yang serupa.