AKTIVITI | SOSIAL
Kerja-kerja Mengecat Pondok Pengawal dan Pagar Masuk Perumahan Camellia


Kerja-kerja mengecat Pondok Pengawal dan pintu masuk utama Perumahan Camellia ini dijalankan bersama-sama penduduk bagi mengindahkan lagi suasana di taman ini dan memupuk semangat gotong royong dikalangan jiran tetangga. Suasana muhibbah sangat dirasakan kerana penduduk bersemangat untuk turun membantu dan menyiapkan kerja mengecat tersebut sebelum hujan turun pada sebelah petangnya.