AKTIVITI | KEBAJIKAN
PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN PENGURUSAN DIRI DAN KEWANGAN
  • PERTUBUHAN SAHABAT PENDIDIK ISLAM SELANGOR
  • Penganjur : PERTUBUHAN SAHABAT PENDIDIK ISLAM SELANGOR (PENSEL)
  • Lokasi : DEWAN LATIHAN DAN KEPIMPINAN SEKSYEN 8 SHAH ALAM
  • Tel : 0132001352
  • Tarikh : 27/11/2022 - 27/11/2022
  • Masa : 10:00AM - 5:00PM
  • 88


17 Julai 2022 – SHAH ALAM : Program pembangunan insan pendidikan pengurusan diri dan kewangan telah dijalankan di Dewan Latihan dan Kepimpinan Seksyen 8, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Pada sebelah pagi, satu taklimat Kesejahteraan Kewangan telah disampaikan oleh Tuan Badzli Yusof dengan menerangkan berkenaan dengan pengurusan kewangan yang bijak serta berkongsikan perkara yang boleh dan tidak dalam mengurus kewangan daripada gaji atau pendapatan yang diperolehi.


Pada sebelah petang pula para peserta diberi peluang untuk mendengar perkongsian daripada Dr Fuad Salleh yang merupakan salah seorang yang aktif dengan NGO iaitu bagaimana kaedah atau teknik menguruskan diri secara profesional. Peluang ini juga digunakan untuk berkongsi kepada para peserta berkenaan dengan pengurusan yang bijak bagi mengendalikan NGO agar dilihat tersusun dan profesional.