AKTIVITI | KEBAJIKAN
PROGRAM PEMBANGUNAN INSANIAH PENDIDIKAN KESIHATAN DAN SARINGAN KESIHATAN
  • PERTUBUHAN SAHABAT PENDIDIK ISLAM SELANGOR
  • Penganjur : PERTUBUHAN SAHABAT PENDIDIK ISLAM SELANGOR
  • Lokasi : DEWAN SERBAGUNA PANGSAPURI INAI PANDAN INDAH
  • Tel : 0132001352
  • Tarikh : 27/11/2022 - 27/11/2022
  • Masa : 8:00AM - 2:00PM
  • 133


31 JULAI 2022, PANDAN INDAH - Program penerangan kesihatan berkenaan penyakit obesiti dan diabetes yang membunuh secara diam di Dewan Serbaguna Pangsapuri Inai Pandan Indah pada 31 Julai 2022 lalu telah memberikan kesedaran kepada semua pihak di atas tanggungjawab bersama memerangi penyakit seterusnya mengamalkan cara hidup yang sihat. Oleh yang demikian, satu program " Karnival Kesihatan Sayangi diri dan Keluarga" telah berlangsung dengan jayanya. Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Sahabat Pendidik Islam Selangor (PENSEL), Prihatin Pandan, MPAJ dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, PAPISMA.


Hadir memberikan ceramah kesihatan adalah Y.Bhg. Dr. Shuba, Pegawai Kesihatan Klinik Kesihatan Taman Nirwana dengan mengupas tajuk kesedaran berkenaan penyakit Daibetes dan Obesiti. Seramai 160 orang penduduk yang hadir untuk mendengar ceramah di dalam dan di luar dewan.


Program karnival Kesihatan ini sememangnya memberikan banyak maklumat yang berguna dan memberikan manfaat khususnya kepada para penduduk yang pelbagai umur dan latarbelakang kesihatan yang pelbagai. Sesi kedua pula disempurnakan oleh YBhg Dr. Muhammad Irfan bin Mohd Sallehhudin dengan tajuk yang dibentangkan ialah Kesihatan Seksual dan Penyakit HIV yang membahayakan kepada semua lapisan masyarakat.


Program Karnival Kesihatan Sayangi Diri dan Keluarga ini juga diserikan lagi dengan pameran oleh agensi kerajaan seperti KKM, MPAJ dan juga ruangan saringan kesihatan KKM dan PAPISMA kepada para pengunjung program, agar peserta dapat membawa sesuatu manfaat daripada program yang dijalankan.