AKTIVITI | SOSIAL
SEHARI BERSAMA KOMUNITI
  • PERSATUAN DE JERAM DAMANSARA KUANTAN
  • Penganjur : Persatuan De Jeram Damansara Kuantan
  • Lokasi : Perkarangan Jalan Masuk Perumahan Jeram Estate Bandar Damansara Kuantan
  • Tel : 0123450163
  • Tarikh : 12/11/2022 - 12/11/2022
  • Masa : 7:30AM - 2:00PM
  • 150


Program Sehari Bersama Komuniti ini merupakan program yang dianjurkan bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan Persatuan De Jeram Damansara Kuantan. Kira-kira 150 orang telah menyertai program ini yang merupakan ahli persatuan dan juga penduduk perumahan Jeram Estate.


Aktiviti seperti ceramah oleh pihak SWCorp dan PERHILITAN telah membuka minda peserta kepada pengetahuan pengurusan sisa di punca dan juga mengenalpasti perilaku kera dan seterusnya menangani masalah gangguan kera dan monyet. Aktiviti-aktiviti seperti menanam pokok, plogging, membersihkan laluan jogging dan jamuan makan pula dapat mengeratkan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong dalam kalangan penduduk Jeram Estate. Seterusnya, aktiviti Trash to Cash dapat memupuk semangat kitar semula dalam kalangan penduduk.


Pemeriksaan kesihatan asas yang dijalankan dapat mengenal pasti ahli penduduk yang mempunyai masalah kesihatan yang mungkin memerlukan pemeriksaan lanjutan di klinik atau hospital berkaitan. Aktiviti-aktiviti sampingan seperti pertandingan mewarna dan Bouncy Castle telah data menarik perhatian ibu bapa untuk hadir dan membawa anak-anak mereka untuk sama-sama memeriahkan program ini.


Sokongan kewangan khususnya, daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kami ucapkan dengan ucapan jutaan terima kasih, dan dengan sokongan inilah, program seperti ini berjaya dilaksanakan. Adalah wajar untuk program ini diteruskan pada tahun-tahun mendatang bagi memastikan kebersihan dan keindahan alam sekitar terpelihara, di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama penduduk perumahan Jeram Estate ini.