AKTIVITI | SOSIAL
Program Gotong Royong


Program gotong royong anjuran Persatuan Penduduk Jalan Perkasa telah dilaksanakan pada 16hb September 2022 dengan Kerjasama sepenuhnya oleh semua penduduk Jalan Perkasa. Penduduk membersihkan rumput yang menjalar di pagar, mengumpulkan daun-daun kering yang mungkin menjadi tapak pembiakan nyamuk, membersihkan longkang yang penuh dengan sampah serta mencantas dahan pokok kecil. Penduduk di Jalan Perkasa berasa gembira kerana program ini dapat memberi satu persekitaran yang bersih dan selesa bagi mereka di samping itu mengeratkan perhubungan antara penghuni di taman ini.