AKTIVITI | KEBAJIKAN
Program Bantuan Masyarakat Prihatin Pulai Perdana


Latar belakang:

Pada masa kini merupakan waktu-waktu sukar bagi sesetengah pihak memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu, cabaran oascapandemik, inflasi dan kenaikan harga barang banyak memberi bebanan kepada masyarakat awam dari golongan B40. Oleh yang demikian, persatuan telah terpanggil untuk mengambil tempat bagi memberi bantuan berupa kotak makanan untuk kegunaan penerima.


Objektif:

i. Menyampaikan sumbangan berbentuk barangan kepada golongan B 40

ii. Membantu meringankan beban hidup serta menambah keceriaan bagi individu serta keluarga kurang nasib baik yang tejejas dari situasi pandemik.

iii. Menzahirkan keperihatinan kepada golongan B40 dalam kalangan ahli.