AKTIVITI | KEBAJIKAN
PROGRAM KOTAK PRIHATIN MERSING


Latar belakang:

Program yang dianjurkan ini merupakan satu inisiatif bagi meringankan beban golongan sasaran yang kurang berkemampuan seperti asnaf. Inisiatif ini dilaksanakan dengan menghulurkan bantuan keperluan asas iaitu barangan makanan basah dan juga kering. Program ini juga diharap dapat memupuk sifat kerjasama antara ahli pertubuhan dan seterusnya membudayakan nilai kasih sayang dan menghargai antara satu sama lain.


Objektif:

1. Menyampaikan sumbangan berbentuk barangan kepada golongan yang kurang berkemanpuan.

2. Membantu meringankan beban hidup serta keceriaan buat individu serta keluarga kurang bernasib baik yang terkesan dengan situasi pandemik.

3. Menzahirkan keprihatinan kepada golongan yang kurang berkemampuan dalam kalangan ahli.

4. Mewujudkan budaya penyayang, berkasih sayang dan cakna dalam kalangan ahli.