AKTIVITI | SOSIAL
PROGRAM GOTONG ROYONG DAN KESEDARAN SERTA KECERIAAN TAMAN


Program Gotong Royong Dan Kesedaran Serta Keceriaan Taman merupakan program yang dianjurkan bersama Jabatan Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan Persatuan Penduduk Taman Tulip Tiga. Melalui program ini, ia membantu penduduk dalam menanam kesedaran, perihatin dan tanggungjawab mengenai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat walau dimana mereka berada. Selain itu dengan program ini juga peduduk dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. Antara pengisian program ini adalah pembersihan pintu masuk taman, kawasan taman permainan dan pemasangan bendera sempena sambutan Hari Merdeka yang akan tiba. Program berakhir pada pukul 12 tengah hari.

Kami dari pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program. Kerjasama dari semua pihak amat kami hargai.