AKTIVITI | KEBAJIKAN
SEMINAR PEMBANGUNAN KERJAYA


Latar belakang:

Seminar ini adalah bertujuan membentuk keyakinan dan panduan kepada peserta arah tuju kerjaya dan masa depan mengikut minat, keupayaan diri serta kelayakan akademik .


Objektif:

1. mempertingkatkan keyakinan diri para peserta mengenali potensi diri dan seterusnya membantu membuat pemilihan kerjaya yang terbaik.

2. menyediakan garis panduan kepada peserta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk memilih kursus-kursus yang ditawarkan di institusi-institusi pengajian tinggi serta peluang-peluang kerjaya yang bersesuaian dengan kelulusan akademik dan minat serta menyediakan diri untuk menghadapi temuduga.