AKTIVITI | REKREASI
Program Rekreasi Sukan Air “Team Building” Kelab Kebajikan Dan Sukan Rela Negeri Sembilan.


Program Kelab Kebajikan dan Sukan RELA Negeri Sembilan yang telah mengadakan Program "Team Building" yang berlangsung pada 15 Disember 2022 yang lalu. Prorgam ini adalah program kedua Kelab Kebajikan dan Sukan RELA Negeri Sembilan untuk penutup tahun 2022 yang mana menghimpunkan semua ahli-ahli kelab untuk menjayakan program tersebut. Antara lain adalah bertujuan untuk membina ukhwah dan mengeratkan hubungan silaturrahim semua ahli-ahli kelab.


Aktiviti prorgam ini adalah bertemakan Team Building dan Sukan Air yang mana telah dilaksanakan di D’KOK Eco Camp ,Tanjung IpohKuala Pilah, Negeri Sembilan pada akhir tahun 2022 . Aktiviti di mulakan dengan taklimat dari pihak urusetia D’KOK Eco kepada semua ahli-ahli kelab dan seterusnya sesi pertama iaitu icebreking kepada semua ahli-ahli kelab sebelum di pecahkan kepada beberpa kumpulan kecil bagi memudahkan acara seterusnya di jalankan iaitu "Water Games Team Building" yang di buat di dalam Kolam Air di kawasan D’KOK Eco Camp . Untuk sebelah petang acara Leadership telah di buat bagi membentuk kerjasama di antara semua ahli kelab ayang mana perbagai susun atur acara di jalankan. .


Program ini telah di sempurnakan oleh Pengarah RELA Negeri, Negeri Sembilan PPjKR MUHAMMAD FAIZ BIN MUSA sebagai simbolik perasmian dan menyampaian cenderahati kepada pengurus D’KOK Eco Camp dan tenaga-tenaga pengajar yang telah membantu menjayakan program ini.


Maklumbalas yang diberikan dari semua peserta dan ahli kelab nyata amat teruja kerana program seperti ini dapat dilihat kemesraan,ukhwah, saling bekerja sama dari peringkat atasan hingga ke peringkat rendah menunjukan melalui program sebegini dapat di teruskan untuk masa akan datang.