AKTIVITI | SOSIAL
Gotong Royong membersihkan kawasan persekitaran taman dan longkang sempadan


Pada 11 November yang lalu, Pihak Persatuan Penduduk Taman Malindo, Seksyen 30, Shah Alam telah menganjurkan aktiviti gotong royong yang melibatkan seluruh penduduk Taman Malindo. Aktiviti tersebut diadakan bagi melaksanakan pembersihan persekitaran terutamanya longkang yang sering menyebabkan banjir kilat dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.


Aktiviti telah disertai oleh kaum2 bapa, kaum2 ibu dan juga anak2 remaja. Aktiviti ini dilakukan secara berperingkat dari pagi, petang hingga ke malam bagi merangkumi seluruh persekitaran yang terlibat.


Kerjasama dari semua penduduk amatlah menggalakkan dan semoga usaha ini sentiasa berterusan. Pihak persatuan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JPPM yang telah menyalurkan geran bagi pihak persatuan merealisasikan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.