AKTIVITI | SOSIAL
Program Jalinan Mesra
  • MERANTI RESIDENCY
  • Penganjur : Meranti Residency
  • Lokasi : Jalan Bestari 1/2 Puncak Bestari
  • Tel : 0133842486
  • Tarikh : 27/05/2022 - 27/05/2022
  • Masa : 8:00PM - 11:30PM
  • 157


Program Jalinan Mesra ini adalah satu program yang telah dimuatkan dalam kertas kerja yang dihantar ke ROS bagi permohonan geran MyICE. Program jamuan makan tahunan ini telah terhenti selamat 2 tahun akibat PKP. Program ini dibuat tepat pada masanya tatkala masyarakat umum masih dalam mood perayaan, dan Program Jalinan Mesra ini telah menjadi seperti satu momen penting tahun ini bagi meraikan ahli Persatuan yang baru dan yang lama untuk mengerat silaturrahim sesama ahli. Selain jamuan makan, program kali ini menampilkan penceramah jemputan yang memberi tazkirah tentang peri pentingnya Keperihatinan Terhadap Jiran Tetangga.