AKTIVITI | SOSIAL
GOTONG-ROYONG BERSAMA PENDUDUK TAMAN MOK SUM


Pada 11 September 2022 yang lalu, telah berlangsung satu gotong-royong bersama penduduk Taman Mok Sum. Lebih kurang 35 orang penduduk telah bersama-sama menjayakan gotong-royong di sini dengan kerjasama pihak SWM, Jabatan Pembersihan dan Kesihatan Persekitaran MBS, Jabatan Taman dan Landskap MBS, Ahli Majlis MBS, KRT Rasah B dan juga Balai Polis Campbell. 2 kawasan telah dibersihkan iaitu simpang 4 Taman Mok Sum dan juga di 'hutan' di antara Taman Happy dan Taman Mok Sum. Pihak Persatuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan gotong-royong ini.