AKTIVITI | KEBAJIKAN
Tamrin Pengawas Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu


Tamrin Pengawas ini dirancang oleh Unit Badan Pengawas, Jabatan Hal Ehwal Murid SAKB yang diketuai oleh Ustaz Mohd Samsudin Bin Yusuf bagi memberi Pendedahan Tugasan seorang Daie Kepimpinan bagi merialisasikan hasrat sekolah membina Qiadah Kepimpinan Sekolah yang bersifat Rabbaniyyin. Disamping itu juga, Motivasi Kepimpinan juga diselit bagi mewujudkan jiwa yang kuat serta bersemangat membantu menjaga keharmonian sekolah dalam memastikan disiplin yang mantap dikalangan murid-murid.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah motivasi seperti Mengenali Emosi dan Qiyadah Rabbaniah, Bengkel Tugas dan Tanggungjawab Pemimpin, Qiamullail serta slot aktiviti berkumpulan. Kursus ini mampu meningkatkan tahap disiplin dan jati diri pengawas sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dalam memikul amanah yang diberi. Ini bukan sahaja sebagai persediaan pada masa kini, tetapi juga pada masa akan datang.