AKTIVITI | SOSIAL
Karnival Muhibbah


Objectif : Memupuk perpaduan & harmoni; semangat kejiranan. Tingkatkan persefahaman antara satu sama lain

 

Program & Aktiviti:

Pelbagai menarik dijalankan sepanjang karnival tersebut

Selain aktiviti utama iaitu menganjurkan makan malam, terdapat juga aktiviti lain seperti gerai makanan tempatan, permainan, fun fair & lukisan untuk kanak-kanak sekolah.

 

Satu pertandingan mewarna khas untuk kanak-kanah juga diadakan dimana pemenang turut menerima hadiah daripada pihak penganjur.

 

Seramai 300 Penduduk hadir. Majlis Karnival Muhibbah ini diresmikan oleh YB Gobind Singh Deo, Ahli Parliamen Damansara.

 

Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Keharmonian sesebuah negara pastinya sentiasa disokong oleh kerajaan yang jelasnya akan membuka ruang untuk masyarakat dan pemimpin bersatu tenaga dan idea bagi memajukan negara.

 

Program seperti ini sangat sesuai untuk dilaksanakan dan perlu diperbanyakkan lagi. Persatuan Penduduk Pelangi berharap agar lebih banyak penduduk, keluarga dan kumpulan masyarakat sivil yang akan memainkan peranan dengan lebih proaktif lagi dalam membantu usaha membina perpaduan masyarakat Malaysia.