AKTIVITI | KEBAJIKAN
Program Pendidikan Percuma untuk Golongan B40


LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

 

1. NAMA PERTUBUHAN

PERSATUAN PENDIDIKAN MIMOSA

(PPM-013-10-08062014)

 

2. TAHUN

2022

 

3. NAMA PROGRAM

Program Pendidikan Percuma untuk Golongan B40

 

4. TEMPAT DAN TARIKH PROGRAM

i. 13 Ogos 2022: Flat Seri Serdang, Seri Kembangan, Selangor

ii. 10 Disember 2022: Flat Seri Serdang, Seri Kembangan, Selangor

iii. 26 Disember 2022: Flat Seri Serdang, Seri Kembangan, Selangor

 

5. BILANGAN PESERTA/ KUMPULAN SASAR

Jumlah peserta bagi program tersebut adalah seramai 50 orang bagi ketiga-tiga sesi yang melibatkan penyertaan daripada Golongan B40.

 

6. JUMLAH PERUNTUKAN

Jumlah peruntukan sebenar yang diterima adalah berjumlah RM 5,000.00

 

7. PERBELANJAAN SEBENAR BAGI SETIAP PROGRAM

Program 1: RM 1,500.00

Program 2: RM 1,500.00

Program 3: RM 2,000.00

 

Nota: Program ditaja oleh MyICE, di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malasyia (JPPM).


 

8. PROGRAM/ AKTIVITI

 


Program 1: Program kelas tuisyen percuma untuk sekolah menengah

 

 


Program 2: Program kelas tuisyen percuma untuk sekolah rendah

 

 


Program 3: Program Ceramah tentang kesihatan mental

 

 

9. KESIMPULAN

Program Pendidikan Percuma untuk Golongan B40 merupakan program yang dianjurkan oleh AJK PERSATUAN PENDIDIKAN MIMOSA. Melalui program seperti Program kelas tuisyen percuma untuk sekolah menengah, Program kelas tuisyen percuma untuk sekolah rendah, dan Program Ceramah tentang kesihatan mental dapat memastikan kanak-kanak terutama dari keluarga berpendapatan rendah B40 tidak tercicir dalam pelajaran, memupuk kanak-kanak supaya mereka berminat dalam pembelajaran, dan memberi kesedaran tentang kesihatan mental bagi kanak-kanak dan keluarga mereka.