AKTIVITI | KEBAJIKAN
Program Kesihatan dan Kesejahteraan Warga Emas di Bawah Geran Komuniti MyICE (Program 2)


Program Kesihatan dan Kesejahteraan Warga Emas di bawah Geran Komuniti MyICE (Program 2) telah diadakan di Dewan Seminar Family Wellness Club pada 17 Disember 2022 dengan ceramah pertama oleh Dr. Lili Zuryani bte. Marmuji, pakar perubatan keluarga. Ceramah Dr. Lili Zuryani bertajuk, "Healthy, Happy Aging" telah sangat dihargai oleh peserta kerana beliau telah menerangkan dengan jelas perubahan yang berlaku pada setiap bahagian tubuh kita dari otot, saluran darah, sendi, otak dan sebagainya yang semakin melambatkan gerakan kami secara fizikal dan mental. Seterusnya beliau telah nasihatkan para peserta untuk mengikut gaya hidup yang sihat dengan makan makanan yang berkhasiat dan membuat senaman yang konsisten dan juga mengadakan perhubungan dengan kawan-kawan dan keluarga serta melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan amal.


Kemudian, pakar fisioterapi, Cik. S. Menaga telah melatih peserta dalam penggunaan "resistance band" untuk menguatkan otot. Ini telah diikuti dengan ceramah oleh pakar fisioterapi, Encik. Jude Inbaraj bertajuk "Fall Prevention and Safe Falls for Seniors". Encik Jude telah mengajar para peserta untuk elak diri daripada jatuh dan cedera parah.


Pada keseluruhannya, peserta-peserta sangat puas hati dan gembira mereka dapat memperkukuhkan pengetahuan dan dapat latihan-latihan juga. Mereka mengharap kami akan ulangi program ini untuk manfaat ramai lagi warga emas.