AKTIVITI | SOSIAL
Sayangi Taman Kita
  • PERTUBUHAN PENDUDUK SENAWANG PERDANA
  • Penganjur : Pertubuhan Penduduk Senawang Perdana
  • Lokasi : Taman Senawang Perdana
  • Tel : 0182886841
  • Tarikh : 27/11/2022 - 18/12/2022
  • Masa : 11:08AM - 1:04PM
  • 105


Program Sayangi Taman Kita telah diadakan dalam 3 peringkat iaitu pada 27/11/2022, 3/12/2022 dan 18/12/2022. Program in bertujuan untuk mengujudkan kesedaran dikalangan masyarakat tentang betapa pentingnya kebersihan dan keselamatan tempat tinggal kita.

Objektif program ini adalah untuk menanam sikap bertanggungjawab, menyayangi dan menghormati kepentingan memelihara dan memulihara keadaan kondusif tempat tinggal, menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dan proaktif oleh penduduk taman terhadap terhadap kebersihan dan keselamatan Taman Senawang Perdana dan untuk mendidik penduduk Taman Senawang Perdana tentang cara-cara mewujudkan keharmonian kita bersama.


Ramai penduduk yang hadir untuk progam kami khususnya pada 3/12/2022 yang mana program ini diadakan bersama dengan Mesyuarat Agung Pertubuhan Penduduk Senawang Perdana. Kami juga telah menjemput Jabatan Bomba dan Keselamatan untuk membuat demonstrasi kebakaran.


Kesimpulannya, Program Sayangi Taman Kita telah berlangsung dengan jayanya. Kami akan meneruskan beberapa program yang sedemikian bagi keharmonian dan keselamatan para penduduk. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia khususnya cawangan Negeri Sembilan atas kepercayaan terhadap pertubuhan kami utuk melaksanakan program ini. Jasamu di kenang.