AKTIVITI | SOSIAL
Program Gotong Royong


Program gotong royong ini telah dilaksanakan di Kawasan Dewan Tertutup Kampung Kuala Pahang dan sekitar Kawasan Padang bola sepak pantai D’Kuala Kuala Pahang. Pengisian dalam program ini juga termasuk anjuran kejohanan bola sepak pantai bagi kategori 12 tahun. Kejohanan ini telah dianjur oleh Kelab bolasepak Repulic Kabo dan Kelab bolasepak pantai The Beach Boy Kuala Pahang dengan kerjasama Pusat Komuniti Desa Kuala Pahang,JPPK Kuala Pahang dan Persatuan Penduduk Kampung Mutiara Kuala Pahang. Perlaksanaan gotong royong anjuran sepenuhnya oleh Persatuan Penduduk Kampung Mutiara Kuala Pahang di Kawasan Dewan Tertutup Kuala Pahang ini telah disertai oleh ahli persatuan & belia, penduduk kawasan setempat dan pekerja Alam Flora di bawah penyeliaan Swcorp Pekan.