AKTIVITI | KEBAJIKAN
PROGRAM " TEST MY EYES, TEACHER" : SESSI 1 (BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL LATIHAN SARINGAN PENGLIHATAN DIKALANGAN GURU TADIKA - GERAN MYICE)
  • KELAB AVIS
  • Penganjur : KELAB AVIS
  • Lokasi : BILIK MESYUARAT 2 , BAHAGIAN SAINS BERSEKUTU, KKM, PUTRAJAYA, MALAYSIA
  • Tel : 0199930360
  • Tarikh : 29/11/2022 - 30/11/2022
  • Masa : 8:00AM - 5:00PM
  • 90



Bengkel Pembangunan Modul Latihan Saringan Penglihatan dikalangan GuruTadika

 

AVIS adalah singkatan bagi nama Ambyopia & Visual Impairment Screening. Kelab AVIS ditubuhkan bagi menyelaras dan menyokong aktiviti sukarelawan dalam kegiatan kesedaran dan aktiviti saringan tahap penglihatan kanak- kanak prasekolah demi mencapai tahap kesihatan mata dan penglihatan yang optimum di kalangan kanak - kanak prasekolah.


Usaha Kelab AVIS ini adalah satu kolaborasi dengan agensi kerajaan iaitu hospital - hospital kerajaan seluruh Malaysia dan juga agensi swasta dalam bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti saringan tahap penglihatan mata di kalangan kanak - kanak prasekolah. Kanak - kanak prasekolah yang dikenalpasti mengalami masalah penglihatan akan dirujuk ke pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan pengurusan penglihatan kanak - kanak dibantu dengan sewajarnya.


Bengkel ini diadakan untuk mengadakan dan memurnikan satu Modul Latihan Saringan Penglihatan dikalangan Guru Tadika yang dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa KELAB AVIS. Ahli jawatankuasa ini adalah terdiri daripada 15 orang Pegawai Optometri KKM yang akan berkolaborasi dengan hospital - hospital kerajaan bagi membantu sistem saringan dan aktiviti saringan dikalangan kanak - kanak prasekolah dapat dijalankan dengan teratur, efisien dan berkualiti.


Latihan dan perbincangan di dalam bengkel ini telah menghasilkan satu Modul Saringan Penglihatan Kanak - kanak Prasekolah yang sempurna.


Melalui bengkel ini, Modul khas telah terbentuk bagi melatih para guru prasekolah di Malaysia bagi memeriksa masalah penglihatan kanak - kanak prasekolah semasa mereka berada di tadika masing - masing.


Dengan bantuan Geran MyICE ini kami berpeluang untuk membangun Modul dan akan melatih para guru prasekolah demi mengesan masalah penglihatan kanak - kanak prasekolah lebih awal dan berkesan. Justeru dapat mencegah masalah kebutaan dan kekurangan penglihatan penduduk Malyasia.