AKTIVITI | KEBAJIKAN
PROGRAM "TEST MY EYES, TEACHER": SESSI 2 (BENGKEL LATIHAN SARINGAN PENGLIHATAN DIKALANGAN GURU TADIKA - GERAN MYICE)
  • KELAB AVIS
  • Penganjur : KELAB AVIS
  • Lokasi : AUDITORIUM HOSPITAL SUNGAI BULOH
  • Tel : 019-9930360
  • Tarikh : 19/12/2022 - 19/12/2022
  • Masa : 12:30PM - 4:30PM
  • 137


PROGRAM “TEST MY EYES, TEACHER”


OBJEKTIF 

  1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan mata kanak-kanak tadika khususnya mata malas (amblyopia) dan visual impairment di kalangan guru-guru tadika, yang dinamakan sebagai AVIS Teacher.
  2. Melatih guru -guru tadika untuk menjalankan ujian saringan penglihatan yang ringkas dan mengesan sebarang masalah kesihatan mata & penglihatan ke atas kanak-kanak prasekolah di tadika masing-masing. 
  3. Menyediakan laluan rujukan (pathway) bagi guru-guru (AVIS Teacher) untuk merujuk pelajar yang bermasalah penglihatan kepada Pegawai Optometri. 


Program yang dijalankan akan dapat memberi dan menambah ilmu pengetahuan dikalangan para guru prasekolah dalam kepentingan penjagaan kesihatan dan penglihatan mata pada peringkat awal. Para guru prasekolah merupakan individu yang mempunyai hubungan yang rapat dengan kanak - kanak memandangkan sentiasa bersama dengan kanak - kanak pada setiap hari. 

Dengan kemahiran menjalankan Ujian Saringan Penglihatan ringkas ini, para guru prasekolah dapat menyaring dan mengenalpasti pelajar yang bermasalah penglihatan pada peringkat awal. Justeru, penyakit mata dan masalah penglihatan boleh dirawat secepat mungkin. Usaha ini menjamin kesihatan mata yang optimum demi memastikan prestasi pembelajaran tidak terganggu akibat penurunan penglihatan.

Seterusnya, melahirkan kanak - kanak yang sihat dari segi fizikal dan emosi dalam menjalani aktiviti harian di tadika dan persekitaran yang lain.


Para guru prasekolah yang telah hadir adalah seramai 50 orang di sekitar kawasan Sungai Buloh. Para guru tersebut telah dibekalkan juga peralatan yang akan digunakan untuk memeriksa pelajar mereka di tadika di masa akan datang. Penglibatan para guru amat memberansangkan.


Program yang dijalankan berjalan dengan jayanya.