AKTIVITI | SOSIAL
Seminar Pendidikan (Siri Kedua) : Kelas Gubahan Chocolate Bouquet Decorations


Program ini dianjurkan dengan objektif untuk memperkayakan ilmu pengetahuan, kemahiran serta kreativiti Ahli PUSPANITA dalam bidang seni gubahan, ekonomi dan keusahawanan di samping mengeratkan hubungan silaturahim. Ahli PUSPANITA yang menyertai kelas ini berpeluang mempelajari sendiri teknik dan dekorasi menggubah chocolate bouquet di bawah bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman. Chocolate bouquet yang dihasilkan boleh dijadikan sebagai hadiah dan boleh dijual bagi menjana pendapatan tambahan Ahli PUSPANITA.