AKTIVITI | REKREASI
Kem Ikhtiar Hidup Kanak-kanak dan Remaja
  • PERTUBUHAN AKADEMI FITRAH MALAYSIA
  • Penganjur : Pertubuhan Akademi Fitrah Malaysia
  • Lokasi : Kem Latihan Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor
  • Tel : 01125618098
  • Tarikh : 09/12/2022 - 12/12/2022
  • Masa : 2:00PM - 1:00PM
  • 256


 Kem Ikhtiar Hidup Kanak-kanak dan Remaja. Pendidikan Menjamin Kejayaan Nusa Dan Bangsa. Itu antara objektif program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Akademi Fitrah Malaysia. Kem motivasi di Sungai Congkak di Hulu Langat ini menjadi tempat pembelajaran anak-anak selain di sekolah. Tujuan kem ini adalah untuk mendidik tentang keyakinan diri dan juga kepimpinan anak-anak untuk mengenali dunia luar dan dapat bina jati diri mereka. Mejar Hasrul iaitu Setiausaha Pertubuhan Akademi Fitra Malaysia, yang telah bersara daripada ATM dan juga panitia kem motivasi ini memberitahu bahawa matlamat kem motivasi ini untuk melahirkan generasi muda yang sihat dan dapat membina jati diri mereka. Oleh itu, harapan Mejar Hasrul adalah untuk membantu generasi muda supaya lebih berkeyakinan dan mempunyai nilai kepimpinan dalam diri mereka. Melalui kem motivasi ini dapat membantu anak mempunyai kemahiran yang baru yang tidak diterapkan di persekolahan mereka. Dengan itu generasi anak muda kita lebih sedia untuk menghadapi cabaran mereka di masa hadapan. Semoga dengan program ini, masyarakat akan bangkit bersemangat selepas melalui fasa pandemic Covid 19 yang menghalang anak-anak daripada mengikuti aktiviti outdoor sebegini