AKTIVITI | SOSIAL
PROGRAM PAMERAN PENDIDIKAN DAN KERJAYA


Pada 3 Disember 2022, Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Tinggi Kuching, dengan kerjasama EduQuest Education Services, sebuah agensi pendidikan pengajian tinggi telah mengadakan Pameran Pendidikan and Kerjaya di Hotel Pullman Kuching. Program ini adalah terbuka kepada pelajar-pelajar SMK Kuching High dan pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar Kuching. Sejumlah 25 buah institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan yang terlibat.