BERITA | SOSIAL
PROGRAM “COMMUNITY POLICING” PENCEGAHAN JENAYAH, PENERANGAN MODULE E-REPORTING SYSTEM PDRM DAN MAJLIS DIALOG PERINGKAT BALAI POLIS KEMAYAN

Program “Community Policing” Pencegahan Jenayah, Penerangan Module E-Reporting System PDRM dan Majlis Dialog Peringkat Balai Polis Kemayan merupakan program yang dianjurkan oleh Persatuan Penghuni Perumahan Polis Balai Polis Kemayan. Melalui program seperti ceramah pencegahan jenayah dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan mencegah jenayah di peringkat komuniti dan taklimat penerangan Module E-Reporting System PDRM dapat memudahkan masyarakat memahami prosedur membuat laporan polis secara dalam talian dan kemudahan ini disediakan khas untuk membuat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen atau barang yang tidak berkait dengan jenayah. Melalui program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara ahli-ahli Persatuan Perumahan Polis Balai Polis Kemayan bersama masyarakat setempat.