BERITA | SOSIAL
HEALTH 4U

Pihak Persatuan PUJ telah menganjurkan Program “Health 4u” pada 14 Ogos 2022 di Kabin KRT PUJ, Perumahan Makmur Penor Utara Jaya, 25150 Kuantan, Pahang dan di Playground No. 6, Kawasan Perindustrian Semambu, 25350 Kuantan Pahang. Persatuan PUJ telah menerima Geran Persatuan Penduduk yang dikreditkan pada 13 Mei 2022 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Pada asalnya program ini dijadualkan pada 16 Julai 2022, namun kekangan masa dan keadaan, program ini dijalankan pada 14 Ogos 2022. Dengan terlaksananya program “Health 4u” pada tahun 2022 ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan ahli keluarga , di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kekeluargaan serta kasih sayang dikalangan ahli keluarga dan jiran. Selain itu dengan penganjuran program ini akan meningkatkan tahap kesedaran dan akuantabiliti semua penduduk taman setempat dalam pengatahuan berkaitan bertapa pentingnya perpaduan masyarakat bagi pemangkin masyarakat yang jitu dan kukuh ikatan taat setia kepada pemerintahan dalam membangun ekonomi negara. Penduduk tonggak negara, kesihatan rakyat terpelihara, smoga agenda negara tidak tergendala. Kerjasama baik dan komitment yang diberikan antara penduduk PUJ dan AJK Persatuan PUJ telah menjayakan Program “Health 4u” dengan jayanya.