BERITA | KEBAJIKAN
Program Kesihatan dan Kesejahteraan 2 ( MyICE Tahun 2022 )

Seramai 70 warga emas telah menghadiri ceramah kesihatan dan kesejahteraan – Amalan Baik Ketika Menginjak Usia Emas. Para hadiran diberikan kesedaran dan amalan kesihatan yang penting bila usia semakin melanjut. Mereka juga diberikan pemeriksaan kesihatan asas seperti ukuaran berat badan, ketinggian, BMI, kandungan lemak badan, tekanan darah dan juga kandungan gula darah.