BERITA | KEBAJIKAN
Aktiviti Rekreasi dan Senaman ( MyICE Tahun 2022 )

Seramai 120 warga emas telah menghadiri Program Senaman Aerobik di Dataran Dewan Tunku Ibrahim Ismail pada 30 Julai 2022. 2 instruktur senaman telah memberikan panduan dan tunjuk ajar senaman yang sesuai dibuat oleh warga emas. Para hadirin berasa seronok dan bertenaga kerana dapat berinteraksi antara satu sama lain. Melalui program ini, mereka digalakkan agar senantiasa membuat senaman ringan demi kesihatan masa hadapan.