BERITA | KESELAMATAN
KERJA-KERJA PENURAPAN JALAN MASUK UTAMA TAMAN PERUMAHAN CAMELLIA FASA 12 SAUJANA RAWANG

Majlis Perbandaran Selayang telah melaksanakan kerja-kerja penurapan jalan masuk utama taman perumahan Camellia Saujana Rawang ini selepas menerima aduan daripada pihak Persatuan Penduduk Camellia, Taman Saujana Rawang berkenaan keadaan jalan masuk yang telah rosak kerana struktur jalan tidak rata seterusnya mengakibatkan ada takungan air selepas hujan. Pihak Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih atas tindakan segera PBT demi keselamatan bersama.