BERITA | KEBAJIKAN
Program Kesejahteraan Warga Emas dengan Geran Komuniti MyICE

Kelab Ksejahteraan Keluarga, Ipoh, Perak (Family Wellness Club, Ipoh, Perak) akan melaksanakan Program Kesejahteraan Warga Emas di bawah Geran Komuniti MyICE pada 26 November 2022 dari 9 pagi sehingga 12 tengahari di Dewan Seminar Kelab itu di Greentown Ipoh. (Alamat penuh di tunjuk pada brosur diatas).

Seramai 25 peserta terdiri daripada warga emas yang berumur 55 tahun dan keatas akan menghadiri program percuma ini di mana ceramah "Healthy Happy Ageing" oleh Dr. Lili Zuryani Bte Marmuji, Pakar Perubatan Keluarga akan diadakan. Seterusnya juga suatu demonstrasi oleh dua ahli fisioterapi, iaitu Mr. Jude Inbaraj dan Ms. S. Menaga, diatas topik "Fall Prevention and Safe Falls" akan ditunjukkan. Setiap peserta akan menerima baucer percuma untuk pemeriksaan kesihatan dan juga resistance bands untuk senaman.

Untuk mendaftar bagi program ini, sila hanya WhatsApp kepada 017-513 2588 (FWC Sekretariat)