BERITA | SOSIAL
Gotong Royong Perdana Bukit Istana

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM


1. NAMA PERTUBUHAN

Persatuan Penduduk Bukit Istana Kuantan

PPM-018-06-20072016




2. TAHUN

2022




3. NAMA PROGRAM

Gotong Royong Perdana Bukit Istana




4. TEMPAT DAN TARIKH PROGRAM

i) 15 Oktober 2022

ii) Keseluruhan kawasan Bukit Istana




5. BILANGAN PENYERTAAN

Residen Bukit Istana : 122 ORANG

Bantuan Khidmat Luar : 43 ORANG




6. JUMLAH PERUNTUKAN (GERAN ROS)

Jumlah peruntukan sebenar yang diterima adalah berjumlah RM 8,220.00




7. PERBELANJAAN SEBENAR BAGI PROGRAM INI

RM 9,134.90




8. PROGRAM/ AKTIVITI


i) Menggantikan dan menanam pokok baru di kawasan laluan utama keluar masuk Bukit Istana

ii) Membersihkan kawasan air terjun, mengecat pembahagi jalan dan mengecat garisan pada bonggol jalan.

iii) Membuang tumbuhan liar yang menjalar pada pagar

iv) Menebang pokok liar yang besar di tepi kawasan berhutan

v) Membersihkan pasir yang berkumpul di kawasan tepi longkang

vi) Membersihkan daun kering di sepanjang longkang

vii) Memotong rumput lalang yang panjang di tepi kawasan grid TNB

viii) Membersihkan taman yang lama terbiar




9. KESIMPULAN

Keseluruhan program berjalan amat baik dan lancar.


Berikut adalah pencapaian dari program yg telah dijalankan:


i) Kerjasama dari residen, KRT serta Surau Bk Istana

ii) Kerjasama agensi Majlis Tempatan kerajaan seperti MBK, Alam Flora dan SWCorp

iii) Impak keceriaan laluan masuk serta kebersihan taman2 di Bk Istana

iv) Integrasi diantara residen yg menyertai program

v) Merapatkan lagi hubungan kejiranan di Bukit Istana