BERITA | SOSIAL
BENGKEL KESENIAN JIDORAN PAYA DALAM, MELAKA

Kelab Sosial Dinamik (KSD) Paya Dalam, Melaka telah berjaya memperolehi Geran Malaysia Incentive Community Empowerment (MyICE 2022 pada bulan Julai 2022. Menerusi geran tersebut Kelab Sosial Dinamik telah menganjurkan Program Bengkel Kesenian Jidoran Paya Dalam "Sayangi Kesenian Permainan Jidoran Kita" pada 21 Ogos, 24 Ogos dan 2 Oktober 2022 di Dewan Kampung Surau Batu, Paya Dalam, Melaka. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Rahmad Bin Mariman, Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka Kawasan Ayer Molek, Melaka. Program ini telah disertai seramai 40 orang yang dikendalikan oleh seorang ketua jurulatih dan 5 orang penolong jurulatih.

 

Objektif penganjuran program ini adalah seperti berikut:

 

1. Untuk menanamkan minat dan sayangkan Warisan Kesenian Permainan Jidoran milik Masyarakat Orang Jawa kepada generasi muda.

 

2. Untuk menyediakan pelapis yang mampu menggerakkan kesenian ini untuk tempoh yang lebih lama sekurang-kurang 20 tahun yang akan datang.

 

3. Untuk memastikan permainan Kesenian Jidoran ini bukan sahaja dimainkan di kawasan kampung sendiri malah turut menerima undangan daripada tempat lain yang turut tertarik dengan permainan ini khususnya di majlis perkahwinan dan majlis-majlis rasmi kerajaan.