BERITA | SOSIAL
PROGRAM GOTONG ROYONG DAN PEMBERSIHAN ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG PAYA DALAM UTARA, MELAKA

Persatuan Penduduk Kampung Paya Dalam Utara Melaka telah berjaya memperolehi Geran Malaysia Incentive Community Empowerment (MyICE) 2022 pada 9 Jun 2022. Menerusi geran tersebut Persatuan Penduduk Kampung Paya Dalam Utara telah menganjurkan Program Kemasyarakatan dan Kejiranan di Kampung Paya Dalam Utara Melaka pada 16 Julai, 14 Ogos, 8 dan 9 Oktober 2022. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Rahmad Bin Mariman, Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka Kawasan Ayer Molek, Melaka. Seramai lebih 60 orang orang telah menyertai program gotong royong dan lebih 100 orang telah menyertai pertandingan sepak takraw.

 

Objektif penganjuran program ini adalah seperti berikut:

 

1.     Mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk tentang pentingnya peranan dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah, gejalan sosial serta memupuk sifat-sifat tanggungjawab dan disiplin di kalangan mereka.

2.     Menganjurkan program yang berkaitan menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat.

3.     Membolehkan penduduk saling kenal mengenali antara satu sama lain serta memupuk semangat kejiranan dan persahabatan ketika sesuatu aktiviti dianjurkan.

Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, kebajikan dan moral di kalangan penduduk setempat.