BERITA | SOSIAL
Permasalahan Sambungan Internet di Taman Serei Kiambang

Lawatan bersama Telekom Malaysia bagi pemasangan internet UNIFI di Taman Seri Kiambang, Seremban bagi mengatasi masalah sambungan internet sebahagian daripada penduduk yang masih tiada sambungan kabel optik. Isu yang telah dibangkitkan sejak penubuhan Persatuan Penduduk Taman Seri Kiambang lagi. Isu ini telah dapat diselesaikan dengan kerjasama pihak Telekom Malaysia dan kini penduduk telah dapat menikmati sambungan internet dengan kemudahan talian kabel optik.