BERITA | KEBAJIKAN
KURSUS PENDIDIKAN JAWI TERKINI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) PENYELIA DAN GURU KAFA NEGERI JOHOR TAHUN 2022

Johor Bahru- Pada 13-15 September 2022, Persatuan Kebajikan KAFA Negeri Johor telah mengadakan Kursus Pendidikan Jawi Terkini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Penyelia dan Guru KAFA Negeri Johor Tahun 2022. Kursus ini telah diadakan bertempat di Hotel Crystal Crown, Johor Bahru yang melibatkan seramai 100 orang peserta terdiri daripada Penyelia dan Guru KAFA daripada seluruh daerah di Negeri Johor. Penceramah jemputan yang dijemput merupakan Munsyi Jawi daripada DBP iaitu Encik Muhammad Fuad Bin Tajudin. Kursus selama tiga hari dua malam ini dimulakan dengan aktiviti Icebreaking dimana peserta daripada daerah yang pelbagai berkenalan antara satu sama lain. Slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) turut diadakan selepas sesi ceramah yang menumpukan kepada aktiviti semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang melibatkan Pendidikan Jawi. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Puan Hairul Nadiah Binti Awang, Penolong Pengarah Seksyen Pengurusan Sekolah Rendah.