BERITA | SOSIAL
PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA PENDUDUK HORIZON RESIDENCE 2, JOHOR BAHRU

Program gotong-royong bersama penduduk Horizon Residence 2, Johor Bahru telah diadakan pada 30hb Oktober 2022. Program ini dianjurkan bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).


Program dimulakan pada jam 8.00 pagi di mana penduduk berkumpul dan bersarapan bersama sambil mendengar taklimat program. Kemudian, penduduk dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan kerja pembersihan, mengecat pondok pengawal, membaiki dan mengecat taman permainan.


Melalui program ini, penduduk Horizon Residence 2 sedar tentang kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran. Diharap program seperti ini dapat dijalankan lebih kerap pada masa depan dengan penglibatan lebih ramai penduduk Horizon Residence 2, Johor Bahru.