BERITA | SOSIAL
PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA PEMILIK ESCADIA, TAMAN DESARU UTAMA

Program gotong-royong bersama penduduk Escadia, Taman Desaru Utama telah diadakan pada 12hb November 2022. Program ini dianjurkan bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).


Program dimulakan pada jam 8.00 pagi di mana penduduk berkumpul dan bersarapan bersama sambil mendengar taklimat program. Kemudian, penduduk dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan kerja pembersihan, mengecat pondok pengawal, membasuh dan mengecat kawasan persekitaran taman permainan.


Melalui program ini, penduduk Escadia sedar tentang kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran. Diharap program seperti ini dapat dijalankan lebih kerap pada masa depan dengan penglibatan lebih ramai penduduk Escadia, Taman Desaru Utama.