BERITA | SOSIAL
JAGALAH KESIHATAN KITA

Program gotong-royong bersama penduduk Harmonia, Taman Sri Penawar telah diadakan pada 10hb Disember 2022. Program ini dianjurkan bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).


Program dimulakan pada jam 8.00 pagi di mana penduduk berkumpul dan bersarapan bersama sambil mendengar taklimat program. Kemudian, penduduk dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan kerja pembersihan dan menukar plastik pole di pondok pengawal. Kanak-kanak pula sempat menyertai sukaneka dan cabutan bertuah.


Melalui program ini, penduduk Harmonia sedar tentang kepentingan penjagaan kebersihan diri dan pengamalan gaya hidup yang sihat. Diharap program seperti ini dapat dijalankan lebih kerap pada masa depan dengan penglibatan lebih ramai penduduk Harmonia, Taman Sri Penawar.