BERITA | KEBAJIKAN
SEMINAR KEPIMPINAN BELIA YANG CEMERLANG DI ERA MASA KINI KAWASAN AMPANG.

Seminar Kepimpinan Belia Yang Cemerlang Di Era Masa Kini adalah golongan yang sangat penting selaku generasi pewaris dan pelapis kepimpinan negara turut mampu mengenal pasti cabaran utama bersesuai dengan kehendak masa kini dan masa hadapan serta dikaitkan dengan ungkapan “belia dikatakan penentu masa depan negara”.


Berikut adalah objektif seminar ini dilaksanakan :-

1.1 Mengamalkan sikap yang positif untuk mengenal kehidupan harian dalam memimpin belia pada masa akan datang.

1.2 Memperbaiki diri dan golongan muda melalui peredaran masa kini daripada segi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif.

1.3 Menghayati peranan belia sebagai pengerak generasi pada masa hadapan dengan menerapkan kepimpinan belia yang cemerlang di era masa kini.

1.4 Menanamkan dalam diri seorang belia agar sentiasa berterusan berusaha, berdoa dan tawakkal kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan kecemerlangan dalam membina golongan belia sebagai pewaris negara.


Seminar ini telah terlaksananya dengan kehadiran peserta adalah belia-belia yang berumur 15-39 tahun. Manakala penyertaan adalah seramai 60 orang sahaja terdiri daripada empat puluh (30) lelaki dan empat puluh (30) perempuan sahaja.


Program ini adalah salah satu cara tuntasnya, dengan kerjasama dan komitmen yang jitu dan berterusan daripada semua pihak yang terlibat dapat menjayakan program ini dengan baik. Diharap melalui program ini akan dapat melahirkan masyarakat belia setempat yang memahami dan mendalami ilmu berkaitan dengan kempimpinan, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan era masa kini.


Sekian, terima kasih.