BERITA | KEBAJIKAN
Program Geran MyICE Madrasah Menyantuni Yatim

Pertubuan Darul Ikhlas tela berjaya memperolehi geran Malaysia Incentive Empowerment (MyICE) tahun 2022. Menerusi geran tersebut persatuan telah mengadakan program Madrasah Menyantuni Yatim. Program ini telah diadakan pada 16 Oktober 2022 yang melibatkan 50 orang peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan madrasah, anak yatim dan beberapa orang penduduk. Program ini bertempat di Madrasah ArRabbaniyah Darul Ikhlas Tanah Merah Krubong Melaka. Antara objektif utama penganjuran program ini adalah bagi menerapkan sikap ambil berat, kasih dan ingin membantu di kalangan pelajar-pelajar madrasah kepada anak-anak yatim. Selain itu, objektif program ini juga bertujuan memberi sinar keceriaan, menyampaikan infak dan berbakti kepada anak-anak yatim. Program ini juga diharap dapat memberi ruang kepada masyarakat sekitar untuk sama-sama menyumbang tenaga dan menyantuni anak yatim dan pelajar madrasah.